Thursday, March 11, 2010

Penyediaan Sendiri Minuman Tongkat Ali

Tongkat Ali atau nama saintifiknya “Eurycoma Longifolia” acap kali dikaitkan dengan menguatkan tenaga batin. Terutamanya buat kaum Adam. Jadi, memang tak hairanlah jika pelbagai produk berasaskan Tongkat Ali ni berlambak di pasaran. Semuanya adalah kerana permintaan yang terlalu tinggi terhadapnya.

Menurut pengamal perubatan tradisional, khasiat Tongkat Ali amat sesuai untuk;

i. Menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak atau kerja berat.

ii. Melancarkan peredaran darah dalam badan.

Namun begitu, pengambilan herba Tongkat Ali ni sebenarnya hanyalah bila perlu saja. Maknanya, anda patut mengambilnya sama ada sebelum ataupun selepas melakukan aktiviti lasak. Bukannya dijadikan sebagai amalan harian tau!

Cara-cara penggunaan herba Tongkat Ali:

1. Ambil akar tongkat ali.

2. Kemudian, bersihkan akarnya dahulu dan keringkan.

3. Setelah kering, racik akar Tongkat Ali tu halus-halus.

4. Seterusnya, anda ambillah sedikit saja akar yang telah diracik halus tadi.

5. Masukkannya dalam gelas yang berisi air panas dan biarkannya terendam.

6. Setelah air rendaman itu suam, tapiskannya ke dalam gelas lain

No comments:

Post a Comment