Thursday, March 11, 2010

cara lelaki memikat gadis

Terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya.

Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seseorang wanita yang diminatinya. Ini bertujuan untuk memberitahu bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif daripadanya.

Selain itu, terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup.

Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita. Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing hati wanita itu. Namun, berwaspada lah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

No comments:

Post a Comment